SELANGOR FC
BERITA

Selangor FC B20 Mara Ke Pusingan Kedua Piala Presiden

Jun 13, 2024 - FAS

Selangor B20 telah memasuki fasa pusingan kedua Piala Presiden 2024 sebagai pendahulu Kumpulan B dengan 17 mata terkumpul (lima menang dan dua seri) daripada tujuh perlawanan di pusingan pertama.

Skuad bawah 20 tahun Gergasi Merah telah diundi berentap dalam Kumpulan B bersama pasukan Negeri Sembilan FC, Kedah Darul Aman FC, Kelantan Darul Naim FC, Sri Pahang FC, PDRM FC, Kuching City FC dan Penang FC III.

Musim ini, saingan peringkat kumpulan menggunakan format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos sebelum bermulanya Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Bagi Perlawanan Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir akan dilakukan secara timbal balik yang akan berlangsung pada September dan Oktober ini.

Berikut adalah keputusan perlawanan skuad Selangor B20 dalam pusingan pertama Piala Presiden 2024:-

SELANGOR FC (3-0) PDRM FC

50' Syahir Sukri 

57', 66’ Izzat syahir 

SELANGOR FC (2-2) NEGERI SEMBILAN FC

3’ Izzat Syahir

17’ Zamirul Hakim

PENANG FC III (0-1) SELANGOR FC

41’ Dainei Mat Disa

SELANGOR FC (2-1) KELANTAN DARUL NAIM FC

47’ Zamirul Hakim

86’ Alif Aiman

SRI PAHANG FC (2-2) SELANGOR FC

11’ Niammulhasan Alias

26’ Mulia Hairi

KUCHING CITY FC (0-1) SELANGOR FC

10’ Zamirul Hakim

SELANGOR FC (2-0) KEDAH DARUL AMAN FC C

28’ Nabil Qayyum

45+3’ Fakrul Azri

Setakat ini, skuad Selangor B20 telah berjaya menjaringkan 13 jaringan gol. Izzat Syahir dan Zamirul Hakim masing-masing merupakan penjaring terbanyak pasukan setakat ini dengan tiga jaringan gol. Manakala, Syahir Sukri, Dainei Mat Disa, Alif aiman, Niammulhasan Alias, Mulia Hairi, Nabil Qayyum dan Fakri Azri menjaringkan satu gol.

Daripada 13 gol tersebut, skuad Gergasi Merah B20 telah menjarakkan kedudukan dengan perbezaan lapan jaringan gol serta tiga mata daripada pasukan di kedudukan tempat kedua. Selain itu, lima pemain iaitu Izzat Syahir (lwn PDRM FC), Dainei Mat Disa (lwn PENANG FC II), Alif Aiman (lwn KDN FC), Zamirul Hakim (lwn KUCHING CITY FC) dan Alif Farhan (lwn KDA FC C) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Piala Presiden 2024 akan meneruskan pusingan kedua hari ini mengikut jadual seperti berikut sebelum layak ke pusingan seterusnya:-

13/06/2024 - PDRM FC lwn SELANGOR FC

PDRM FC (0-2) SELANGOR FC (hari ini)

22' Nabil Qayyum

83' Dainei Mat Isa

26/06/2024 - NEGERI SEMBILAN FC lwn SELANGOR FC

03/07/2024 - SELANGOR FC lwn PENANG FC III

10/07/2024 - KELANTAN DARUL NAIM FC lwn SELANGOR FC

17/07/2024 - SELANGOR FC lwn SRI PAHANG FC

24/07/2024 - SELANGOR FC lwn KUCHING CITY FC

31/07/2024 - KEDAH DARUL AMAN FC C lwn SELANGOR FC

Pihak Pengurusan Selangor FC yakin dengan kebolehan serta kelebihan skuad Gergasi Merah B20 di bawah jagaan Firdaus Tan Aziz ini. Semoga terus beraksi dengan cemerlang untuk layak ke pusingan seterusnya.

Demi Kebanggaan!